Sunday 1 September 2013

MODAL BERNIAGA


Adakah berniaga perlukan modal duit yang besar?

Adakah semua jenis bisnes yang berjaya hari ni, asalnya daripada mereka yang mempunyai modal puluhan ribu?

Jawapannya: TIDAK.

Modal Duit Bukan Ukuran Utama! 
Ramai usahawan yang menganggap modal duit adalah penting. Tanggapan ni adalah silap.

Biasanya golongan ni juga mempunyai kegagalan yang besar dalam bisnes.

Dalam bisnes, modal duit bukan ukuran utama.

Penting untuk kita tahu modal KERAMAT dalam bisnes iaitu...

Modal Sosial & Modal Komitmen
Majoriti pemilik bisnes yang berjaya mencapai status jutawan, multi-jutawan dan juga bilionair mempunyai persamaan.

Mereka tak hiraukan modal duit.

Apa yang penting adalah:

1) Modal diri.
 dan
2) Modal komitmen.

Modal Diri
Modal diri. Hanya diri sendiri yang menentukan sama ada kita boleh berjaya atau terus gagal.

Bukan duit, bukan orang lain. Tetapi diri sendiri.

Modal Komitmen
Pesan lagenda dalam dunia pembangunan diri iaitu Tony Robbins,

"Kejayaan berada dalam genggaman setiap manusia, sebaik sahaja mereka meletakkan komitmen dalam diri sendiri."

Pemilik bisnes, jutawan dan pelbagai lagi adalah pejuang yang tak putus-putus berusaha.

Walaupun adakalanya mereka gagal dan ditimbus  dengan pelbagai jenis hutang.

Namun itu bukan alasan untuk mereka angkat 'bendera putih'.

Soalan yang lebih penting sekarang.

Adakah kita mempunyai dua jenis modal di atas?

1) Modal diri.


2) Modal komitmen

Jika ada TAHNIAH!!! Teruskan usaha kita untuk terus bertindak ke arah kejayaan.

No comments:

Post a Comment